Sunday 28 July 2019

Klinik Tenis Ringan 2019 Anjuran MSTA

PUTRAJAYA 28 Julai 2019 - Persatuan Tenis Ringan Malaysia (MSTA) telah menganjurkan Klinik Tenis Ringan bertempat di Gelanggang Tenis, Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Klinik ini bertujuan untuk memperkenalkan tenis ringan kepada pemain-pemain baharu serta memperkemaskan teknik-teknik bagi pemain tenis ringan sedia ada. Klinik tenis ringan adalah terbuka kepada semua yang berminat untuk mempelajari permainan tenis ringan.

Klinik Tenis Ringan kali ini telah dilancarkan oleh Encik Shamshuzaman bin Haji Sulaiman, Presiden Persatuan Tenis Ringan Malaysia (MSTA) dan turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa persatuan. Sesi latihan dan pengenalan tenis ringan telah dikendalikan oleh jurulatih Encik Hussin Ali yang juga merupakan bekan pemain tenis ringan negara.










Sunday 7 July 2019

2019 NongHyup Korea Cup International Soft Tennis Tournament

KLIA2, 7 Julai 2019 - , Tuan Shamshuzaman Bin Hj Sulaiman, Presiden bersama-sama Jawatankuasa Tertinggi Tenis Ringan Malaysia mengucapkan selamat jalan kepada pasukan tenis ringan yang menyertai kejohanan 2019 NongHyup Korea Cup International Soft Tennis Tournament yang akan berlangsung pada 8 hingga 15 Julai 2019.

Tuan Shamshuzaman memberikan kata-kata semangat kepada pasukan tenis ringan

Pasukan Tenis Ringan mengambil kesempatan bergambar bersama Presiden Tenis Ringan Malaysia






Thursday 17 January 2019

17-01-2019 Kunjungan Hormat Presiden kepada Pengarah,Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN)




MSN, 17 JANUARI 2019 (Khamis) : Encik Shamshuzaman, Presiden Persatuan Tenis Ringan Malaysia (MTSA) mengadakan kunjungan hormat kepada En. Jefri, Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memperkenalkan persatuan serta menyampaikan hasrat persatuan untuk menghatar atlet menyertai skuad negara dalam temasya sukan SEA akan datang.