Sunday 28 July 2019

Klinik Tenis Ringan 2019 Anjuran MSTA

PUTRAJAYA 28 Julai 2019 - Persatuan Tenis Ringan Malaysia (MSTA) telah menganjurkan Klinik Tenis Ringan bertempat di Gelanggang Tenis, Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Klinik ini bertujuan untuk memperkenalkan tenis ringan kepada pemain-pemain baharu serta memperkemaskan teknik-teknik bagi pemain tenis ringan sedia ada. Klinik tenis ringan adalah terbuka kepada semua yang berminat untuk mempelajari permainan tenis ringan.

Klinik Tenis Ringan kali ini telah dilancarkan oleh Encik Shamshuzaman bin Haji Sulaiman, Presiden Persatuan Tenis Ringan Malaysia (MSTA) dan turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa persatuan. Sesi latihan dan pengenalan tenis ringan telah dikendalikan oleh jurulatih Encik Hussin Ali yang juga merupakan bekan pemain tenis ringan negara.










No comments:

Post a Comment